Friday, 2 April 2021

"Iftar in The Sky" by SKYGLASS CYBERJAYA

Alhamdulillah, semalam saya dapat bersama-sama dengan team Skyglass bagi membincangkan plan Iftar in The Sky 2021 di Skyglass Cyberjaya. 1st time ke outlet ni..ermm..saya boleh bagi 5 star kat setup dan peralatan yang digunakan. Pemandangan luar dari Skyglass ni memang boleh dikatakan "superb" walaahh dengan angin sepoi-sepoi.

Okay, apa yang admin nak kongsi sikit kat sini adalah Iftar in The Sky 2021 yang mengetengahkan konsep juadah dari lebih 7 buah benua dan negara dimana diantaranya sajian dari Timur Tengah, Barat dan Asia. Kami akan menyajikan pilihan juadah istimewa dari negara masing-masing seperti Jepun, Korea, Thailand, Indonesia dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juadah istemewa tempatan seperti Rendang, Gulai Lemak Cili Api, Aneka Kuih Melayu dan pelbagai lagi.

Selain dari pemandangan dan hidangan yang mewah, pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik gambus secara live pada setiap hari. Iftar in The Sky akan membuka tirainya pada 17 April ini (5 Ramadhan) dan berkahir pada 9 May 2021.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh lah berkunjung ke Majlis Preview Iftar in The Sky pada 7 April 2021. Pada hari tersebut akan dibuka jualan voucher "Early Bird" dan Pakej Korporat hanya serendah RM88/pax sahaja (RM128/pax harga sebenar)



Admin juga ingin berkongsi disini, jumlah pengunjung yang boleh iftar disini hanya 240 orang sahaja dalam satu masa. So maksudnya tempat adalah sangat-sangat terhad terutama pada hari jumaat dan hujung minggu. Penganjur mengamalkan SOP yang ketat untuk persiapan tempat dan pengunjung. Pendaftaran akan dibuka lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada waktu akhir sebelum berbuka puasa. So..jom kita tempah awal-awal untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan di Skyglass Cyberjaya. Tak jauh mana pun dari KL dan sekitar. Kalau anda memandu menggunakan Hiway MEX, exit tol Putrajaya hanya 5 minit sahaja ke bangunan ni. Parking basement masyaAllah banyak sangat dan mudah.






Wednesday, 31 March 2021

 

*[APRIL SPECIAL DEALS]*
Ini bukan cobaan kawan-kawan. Ini betul2 punya. Bukan April Fools juga ye. Harga terlajak murah, rugilah siapa tak grab promo ni! 😱😱
WhatsApp kami *SEKARANG* https://linktr.ee/segiseriofficial
sebab harga dan menu ni terhad untuk esok sahaja tau. 😭
Close order: 10pm, 31 March 2021. Cepat2 order!

Kami Bukan Sekadar Katerer

Kami adalah dari Kumpulan Segi Seri Sdn Bhd yang beroperasi sepenuhnya di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Sepang dan Lembah Klang. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan sajian F&B yang mana diantaranya Restoran Harian, Cafe, Pakej Seminar, Mesyuarat dan Pakej-Pakej Perkahwinan. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan Katering untuk pelbagai jenis majlis.

Operasi dapur kami terdiri dari pelbagai latar belakang genre masakan yang mana diantaranya Masakan Melayu Tradisi, Barat, Cina, Ala-Thai, Minang dan pelbagai lagi jenis masakan yang boleh kami sediakan untuk majlis anda.

Venue utama kami adalah di Laman Kayangan Seksyen 23 Shah Alam, dimana venue ini merupakan sebuah "Garden Marque Tent" yang boleh memuatkan seramai 500pax tetamu dalam satu masa.

Terkini kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang diberi nama Bentobox atau LikaFOOD. Kami mengetengah teknologi terbaru dalam penyediaan makanan dengan lebih mudah dan cepat.